Hai, Assalamualaikum. Sebelum baca, sama2 kita doakan saudara Islam kita di Mesir ya. Mudahan mereka diberi kekuatan dan mudahan yang benar akan tetap berdiri tegak.
Alahai, dah lepas beraya haritu, langsung tak bersentuh pulak blog ni. Paham2 la ada budak kecik, susah nak curi masa. Ni pun aku xdak motif pun nak buat entri harini. Belasah jela, janji bertulis kann. So ingatkan nak share gambar beraya kat kampung, even ntah dah raya keberapa baru nak letak kann. Tapi, gambar2 pulak ada dekat husband, so tak dapat ahh eden nak bubuh gambau nye.
Time raya ntah aritu sempat la aku berjumpa anak bebuah aku semua ni yang semuanya perempuan, dan anak aku satu satunya lelaki tunggal. Huahaha! Kuat benau baka bapak Hafiz ni. Jadinya Hafiz ni mmg dilebihkan lah sikit sbb dia cucu lelaki pertama and cucu sulung belah mentua aku. Jadi, boleh nampak tak mcm mana lebihnya Hafiz ni. Ehemmm.
Ini dia anak buah aku yang sulung. Dia satu satunya anak buah yang dah besar la sikit. Berbanding yang lain semua tengah nak merangkak lagi kann.
Dalam banyak2 budak, dialah budak yang sangat pandai amek hati mak aku. Even kalau balik kampung pun, dia mesti nak tidoq bilik mak aku. Hishh, mak abah sendiri ada, nak tidoq dengan nenek. Haiiyaa.
Anak buah nombor dua dan nombor tiga.Baju oren anak kakak, baju putih anak abang. Baju oren tu adik kepada kakak yang dah besar tadi. Dua budak ni memang lah putih nak mampoih, tambah2 anak abang aku. Hafiz pun kalah putih dia. Tapi nasib Hafiz putih even mama papa dia xputih sgt. Hahaha.
Alahai, tengok la kalau baby2 tangkap gambar. Comel nauuuuu lah. Mata tu bak meh pinjam kat auntie mehh. Baju anak aku dah macam baju girl lah pulak bila tengok dia pakai.
Gambar ni dekat Carnival Waterpark. Tapi, nampak tak anak aku bertempek coolfever kat dahi dia nuhh. Ni la mak zaman sekarang, anak demam pun gigih nak bawak main air. Jangan buat contoh nohh. Haha, tapi time ni aku tak salahkan diri sbb Hafiz pun eksaited nak mampuhh nak berjalan.
Ha, meh anak2. Mak bawak jalan. Lai lai lai. Time ni husband aku tak ikut, sebab dia dah kena balik Bangi. Sedih ouh tak dapat nak jalan dengan laki sendiri, nasib baik la ada anak laki sorang nihh.
So tu lah kut antara yang aku dapat share time raya arituh. Baru arini nak ber'entry' beraya padahal dah lama kot. Haha. Ala, time cuti2 ni jela aku dapat luangkan masa dgn anak2 buah and family aku ni. Sekarang masing2 dah start study, kerja. Sume dah pakat busy.
Ha, nak tulis apa lagi? Xde dah kot. Lepasni nak packing barang. Nak kena balik kl dah. Huaa, kejapnya cuti. Semalam ada la kawan2 sekolah lama dari Mrsm datang. Ada aza ketot, ailia puteh, dgn ain ting ting. Yang lain xdatang sebab semua demand nak suruh pi jemput kat rumah. Haisshh, xkuasa lah eden. Haha. So, nak ucap thank you kat korang sebab sudi la jenguk2 aku ni. Bila dah jumpak satu kepala, merepek meraban sangat lah kalau menyembang tu. Budak2 ni sampai sembang bab2 18xs. Ishh, adakah patut. Haha. Aku tak join ehh, aku xde kena mengena.
Bla bla bla bla. Pastu japgi nak siap barang anak, nak prepare untuk interview, nak tidurrr. Penat la badan ni asyik stay up nak study. Isnin ni insyaallah ada interview under government. Ho, neves joyah kauu. Harap boleh la buat time interview nti. Husband aku asyik dok push je suruh buat elok2 time interview nti. Jangan nak buat endah tak endah je. Ha lahh, ok lah boss. Untuk masa depan, mana tau ada rezeki.
Oklah, next time update lagi. Wish me luck. Mood tak sabar nak jumpa husband. Wuhuu. Bye.
Love,
fify
kurus fify!!!! hehe
ReplyDelete