Followers

Saturday, 20 July 2013

Erti Cinta dan Airmata

Hai, Assalamualaikum gegirls, beboys semua.

So sihat harini? Alhamdulillah, aku masih berdiri disini, masih dapat menghirup udara yang dipinjamkan dari Allah, masih dapat melihat segala keindahan ciptaanNya, masih dapat merasa dan menyentuh dengan setiap deria yang dikurniakan. Aku bersyukur jugak sebab diberi kesihatan yang cukup baik disamping memberi peluang untuk aku merasa kasih sayang yang ditumbuhkan dalam hati sesama insan. Aku bersyukur Ya Allah. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia yang Kau turunkan.

Today I'm so glad to share with you guys about Love and Tears. Mesti kalau sebut pasal cinta ni, ramai la orang dekat luar sana yang suka kan. Tambah kalau yang sesama usia aku ni, usia tengah nk meningkat dewasa, dimana nafsu dan asmara gituu di tahap paling tinggi sekarang. Dimana fasa memberontak mula mengambil alih. Fasa untuk menentukan jalan hidup yang seterusnya. Fasa yang membuat ramai remaja di luar sana mula tersasar dengan pilihan sendiri yang mengikut nafsu semata. Tanpa berfikir panjang dan terus tersasar keluar dari ajaran yang diterapkan dalam keluarga selama ni.


Mudah kan kita tewas? Mudah sgt kita jatuh hati dgn bahana cinta ni. Tapi cinta Ilahi, kita ketepikan. Kita lebih mngejar cinta yang tak pasti mana kesudahannya.  Aku pun pernah alami benda yang sama. Aku pernah jatuh cinta, dan aku pernah kecundang dalam cinta. *even tak lawa pun ada org mengorat eh. Tapi yang pasti semua tu cinta monyet. Baru tingkatan berapa kot, mmg lah otak pun tak berapa mental lagi. Same goes to me with my husband before, kitorang pun prnah brcinta, brgaduh, baik balik, bergaduh lagi. Aku bukan seperti wanita mithali yang lain, yang bercinta selepas kahwin. Ada juga yang langsung tak pernah berjumpa dgn suami hinggalah saat akad dilafazkan. Tapi aku wanita biasa, yang punya hati ingin memiliki dan dimiliki macam org lain. Tapi aku redha,  aku bersyukur dengan setiap perkenalan yang terjadi. Terutama sekali perkenalan dengan suamiku sendiri, insan yang sah memiliki diriku kini. Yang punya takhta tertinggi selepas Allah, di hati ini. Cinta yang pada mulanya, sia2, tp Alhamdulillah, setelah kami berbincang untuk berubah, akhirnya kami lakukannya dengan cara yang lebih diredhai.

Dalam usia muda, kami dah sah menjadi suami isteri. Singkat kan? Tapi dengan restu dari Ilahi, izin dari dua pihak keluarga, kami dah halal. Hati kami dah menjadi satu. Segala yang dilakukan adalah satu perkongsian buat kami. Kalau dulu, bercinta tapi penuh dengan dugaan, walhal tiada ikatan apa2 pun, sekarang dah rasa lebih nikmat, lebih barakah. Nak rindu pun, boleh rindu lebih2. Nak pegang tangan pun, boleh pegang lebih2, pelok lebih2, romantik lebih2, semua lebih2. Sekurangnya saat kita lemah, ada yg memimpin, saat kita susah, ada yang meneman, ada supporter saat kita susah dan senang. Saat menjadi suami dan isteri ini, saat cinta yang indah ini ditumbuhkan, saat ini juga setiap airmata yang kujatuhkan, menjadi sgt berharga. Bukan airmata sia2 tp kerna daku bersyukur padamu Ya Allah.


Insan yang melengkapkan rumahtangga kami adalah kehadiran anak pertama kami. Bayangkan apa perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Perasaan hidup bertiga. Perasaan memiliki cahaya mata sendiri. Rezeki, itu semua rezeki. Rezeki dan nikmat yang diberi. Aku tak pernah lupa saat2 aku melahirkan cahaya mataku yang sulung. Saat dimana aku merasakan semua kesakitan yang dirasai tu, tiada satu kesakitan pun yang boleh lawan. Saat dimana aku takut kalau aku kecundang. Aku takut kalau aku menyerah. Setiap satu inci yang terbuka, aku bertawakal, aku tak henti mengucap, alangkah sakit sgt saat melahirkan. Alangkah  besar pengorbanan ibu. Aku insaf dengan segala perlakuan ku terhadap ibu. Aku mula rindukan ibuku. Saat itu aku merasakan kalau aku tau inilah rupanya sakit ketika melahirkan, sikit pun aku tak kan abaikan ibuku. Sikit pun aku tak kan cuba untuk susahkan dia. Alpa aku selama ini.

Saat kemuncak melahirkan adalah apabila Hafiz betul2 dah menyediakan renggangan badan dan kepalanya untuk keluar. Suami ku ketika ini dia masih dalam perjalanan. Dia mesti terkejar2 bila dapat tau aku dah nak bersalin. Kesian dia kena leave class masa ni. Takpelah lewat pun, janji ada. And bila dah nampak kepala hafiz, tatkala tu, aku serahkan segalanya pada takdir. Aku berusaha sehabis mungkin, kumpul tenaga untuk melahirkan bayi kecil yang selama ini berada dalam rahimku. Dan.. dan.. dan.. sikit lagi.. aku.. aku.. Aku berjaya!!! Terus terdengar suara Hafiz menangis, maaaaaa...uaaaa.. uaaaa.. Ya Allah, berjurai lagi airmata ku saat terdengar Hafiz seolah memanggil ku maa.. Seolah dia pun tak sabar nak jumpa dengan mama. Aku terkulai layu, aku senyum, aku tersenyum melihat doktor memotong tali pusat yang menyambung kami berdua. Aku tersenyum sambil menutupkan mata, ' Terima kasih Ya Allah, terima kasih dengan perasaan yang Kau kurniakan ini '. Dalam umur 19 tahun, aku telah melahirkan zuriatku dan ini satu kemenangan buatku. Satu kemenangan kerana dapat mnyelamatkan anakku dengan berjaya.

Tau tak apa perasaan dapat mendukung, cium bayi suci yang masih kemerahan, yg kulitnya masih ternampak urat2 biru yg lembut, kepalanya basah, mata tertutup, tangan kaki kecik masih kaku mengawal pergerakan, aku cium bayi itu. Aku cium selembutnya. Terus lahir sifat keibuanku. Terus syahdu perasaanku, tak dapat lagi mengawal airmata. Tambah bila dia merengek, makin ku cium. Seolah bau mcm Hajarul Aswad yg pernah ku kucup ketika kecil dulu. Wangi, wangi anak kita syg. Suamiku yang smpai dgn termengah mula memainkan peranan, mengucap lafaz kalimah Allah pada bayi kami. Chin, Chin, Chin kekok masa mula2 nk pegang Hafiz. Penakut lah dia ni. Haha, tapi lepas sekali dh angkat, tak nak letak pulak. Haiii...



Bermula episod melahirkan, kehidupan kami bertambah meriah. Bertambah lagi sorang ahli yang banyak kerenah. Kalau dulu penat layan kerenah suami, sekarang lagi bertambah, berebut la suami dengan anak mintak dilayan. Betul2 like father like son. Kadang tu berebut nak dukung. Yang dah tua bangka pun nak mintak dukung, macam mana aku nk dukung? Haha, story kat atas pun dah macam nak buat novel pulak. Tapi as a share and lesson for us. Macam mana besar pun kita, macam mana pandai pun kita, nilai ibu tu tak terhingga. Jangan kecewakan perasaan dan naluri seorang ibu. Kalau saat melahirkan pun dah cukup sakit, apa lagi untuk mmbesarkan kita hingga berjaya smpai sekarang. Ayah yang berkorban siang malam untuk mencari duit, rezeki untuk keluarga, pun sama penatnya. Kita hargai kedua ibu bapa kita. Kita kongsi suka duka mereka. Ibu sorang, ayah sorang, tiada pengganti tau. I hope you guys will love the story. Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi cerita, meluahkan rasa dan merasa bahagia. Bukan aku sorang, tapi untuk kita semua. Biar kita semua merasa bahagia, di dunia dan di akhirat. Aminn.

with love,,
fify

6 comments:

  1. Alhamdulillah hehe sronok stalk fify ni ;)
    May Allah bless u and ur fmily especially hafiz!
    \(^◇^)/\(^◇^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, kantoi. Haha. Alhamdulilah. Me pray for your happiness too (:

      Delete
  2. jeles jeles... untungnya fify... semoga berbahagia =)

    ReplyDelete
  3. Ala, takutlah, xmaula jeles2. Huhu, thanks teha. Amin.

    ReplyDelete
  4. arghhh..rasa nak teriak plak aku baca..sweet meyhhh..moga bahagia..:)

    ReplyDelete
  5. Atoto. Insyaallah. Thanks homeroom (:

    ReplyDelete