Followers

Saturday, 27 July 2013

Version Tudung Baby Busuk




Jangan salah faham. Ini adalah baby boy. Haha, xde motif pun dgn gambar ni. Cuma aku rasa budak2 kalau pakai tudung sgtlah comel. Disebabkan Hafiz boy, aku cuma balutkan tudung versi tuala je la kat dia. Dan ini dua hasil yang aku dapat. Hee, lepasni kalau mengandung lagi, teringin nak baby girl pulak lahh. Geram pulak aku tengok Hafiz berbalut tuala ni. Haha, Oklah, bye. 

Simple,
Fify

Happy Eleventh My Boy.

Hai. Assalamualaikum. Yeay, dapat juga aku update blog setelah beberapa hari aku bernafsu dgn blog ni. Puas aku nantikan  masa ini untuk tiba! Hahahahaha! *gelak dah macam ultraman menang lepas lawan dgn raksasa je. erkk~ Ingat senang ke aku nak curi masa dari anak aku yang kecik ni. Pheeww, amatlah susah. Dan sekarang sementara dia tengah lentok kat atas katil ni, elokla iteww share something sikit. Iteww rasa sgtlah eksaited yaww!

So, Happy Birthday yang kesebelas bulan anak mama! hehe. Dan harini, 28hb, Hafiz dah genap 11 bulan. Lagi sebulan je lagi nk setaun, yuhuu, bestnya, tak sabar nak tunggu dia genap setaun! Maksudnya bersamaan dgn setaun plus 9bulan lah dia dah hidup dgn aku. Ops lupa, dengan aku, and my husband. Alahai, cepatnya masa. Tapi kann, boleh tak kalau aku nak dia umur setaun je? Lepas setaun, xyah besar2 lagi. Hihi. Ape lah  merepek sgt aku fikir ni. Cuba korang bayangkan mcm mana rupa anak kita bila besar nanti? Macam mana rupa kita bila tua ni? Haaa, I hope we will still this cheerful event we are getting older. I promise I will always keep in love and always feel like we are in the first met, first love, with you and this little boy. Sekarang ni baru satu, Nanti dah tua, xtau la dapat kumpul berapa orang. Kalau 10, 20? Wahh, meriahnya raya kita bila tua nti. Ehh lupa, dah nak raya. Haha.

Sempena anak busuk ketiak mama ni dah genap 11 bulan, meh kita share ape yg dia buat sehari suntuk ni. Penat juga mama melayan kerenah dia ni. Mentang2 dah dapat nak berdiri. Alahai. Geram mama, meh sini tampo sikit buntot2 comell uhh. So let see the pictures!

Meh mama nak terjah sikit busuk ketot mama ni nak buat ape mehh.

La, Hafiz memang tabiat dia gigit jari. Tengok, siap pakai beg lagi. Dah tak xsabar nak sekolah letteww.

Time ni petang. Memang aktiviti dia akan buat tawaf satu rumah and usik segala benda yang dia dpt capai.

Tengok, kan aku dh cakap. Entah dari mana pulak dia dpt frame sijil ni. Oh, ok mama dah paham.

Hafiz cakap dia nak pergi sekolah macam papa, nak dapat sijil utk mama dgn papa. *Ohh, terharu. Dan mama buat2 paham ape yg Hafiz cuba smpaikan. hihi.

Beberapa jam kemudian.....

''Sayalah perenang antarabangsa! Jangan cuba nak kacau sy berlatih swimming''. Ha, tudia, dah mula dah bising kalau time mandi. *gambar digelapkan sbb sensored even baby.

Hafiz kalau mandi memang segala jenis sabun syampu dia, kita kena letak sekali dalam bathtub dia.

Tengok ha, habis dia mandikan sekali botol2 sabun tu. Hafiz mmg sng sgt mandi sbb dr kecik dia diajar utk suka pada air. Kadang tu siap buat kuak lentang bila mandi.

Ni part yang palinglah susah dan part yang paling aku makan masa kalau dengan si ketot kecik ni.

Sebabnya, dia sangatlah suka lari bila nak pakai baju. Kejap lg menjerit menyanyi menari menangis semua bagai.

Tengok perangai dia time nak pakai baju, siap boleh nak selak2 langsir bilik lagi ha. Tu baru pakai pampers.

Tujuannya, dia nak cakap 'ehh, korang kat luar dah mandi ke? aku dah mandi ni'. Hihi, kalau Hafiz da pndai cakap, mesti dia cakap gitu kann.

Bila dah siap, sambung main pulak. Haisshh, budak2 memang tak penat main. Kita yg besar ni yang penat hah.

Sambil tu, bukak mulut besar sikit! Mama nak suap makan ni Hafizzzzz.

Tak cukup main dalam bilik, dia nak main dekat luar bilik pulak. Huaaaa.

Kalau Hafiz ni, bantal tak bersepah, rumah tak bersepah, tak sah Hafiz lahh.

Segala benda yang boleh panjat dia panjat kann. Ikut perangai sape lah yang lasak sgt ni. Agak2 bapak hg dulu pun mesti nakal kann Hafiz. kekekeke.

Alahaii, dah tertidur Fairuz Hafiz ni. Penat main, sampai lah tertidur atas kusyen. Haha, time ni lah mama menggunakan kuasa double mama pergi makan, mandi dan solat siap2. Lepastu, ha, ni, dah depan laptop ni tengah menaip ni. 

Hmm, dah nak habis. So puasa korang mcm mna? Maintain ke? Aku Alhamdulillah, okay. Cuma adalah sehari dua tu terpaksa off, sbb i am a breastfeeder woman. So kadang tu kena lah off puasa sbb nak produce extra milk. Jangan jealous. Haha, ala, nti kena ganti lahh. 

Erm, sambil tengok anak aku yg tengah lelap tidur tu. Kadang aku asyik terbayang entah mcm mne la dia besar nti. Perangai dia mcm mne. Manja ke, garang ke, disiplin ke, pemurah ke, hmmm, aku tak dpt nak imagine pun. Sebabnya, aku tau bila dah smpai satu tahap utk tumbesaran dia, dia dah tau nak pilih yg mana terbaik utk dia. Dia dah tau bezakan mana yang baik and mana yg buruk. Aku harap sgt aku dpt jadikan dia anak yang baik and banggakan aku dan juga suami. Org ckp, sejuk ibu melahirkan. And aku adalah org yg pling bangga klu satu hari nti, dia pun dapat menegur aku untuk mnjadi insan yg lebih baik disisi Ilahi. Semua ibu pun harapkan bnda yng mcm ni. Kan?

Anak mama besar baik2 tau. Rabu ni kita balik KL tengok papa blaja. Papa janji nak bawak kita jenjalan kan. So nti mintak hadiah kiss sekali. Hee, even papa jarang ada dgn kita, tp mama nak Hafiz tau, yang papa selalu mendoakan kita dari jauh. Papa pun wish Hafiz utk bulan yang kesebelas ni. Hee, oklah, promise jadi lelaki yang berguna and cari isteri yang baik2. Nti ada geng mama masak. *uuuh, itu lambat lagi.

Love, 
Your Mum

Saturday, 20 July 2013

Erti Cinta dan Airmata

Hai, Assalamualaikum gegirls, beboys semua.

So sihat harini? Alhamdulillah, aku masih berdiri disini, masih dapat menghirup udara yang dipinjamkan dari Allah, masih dapat melihat segala keindahan ciptaanNya, masih dapat merasa dan menyentuh dengan setiap deria yang dikurniakan. Aku bersyukur jugak sebab diberi kesihatan yang cukup baik disamping memberi peluang untuk aku merasa kasih sayang yang ditumbuhkan dalam hati sesama insan. Aku bersyukur Ya Allah. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia yang Kau turunkan.

Today I'm so glad to share with you guys about Love and Tears. Mesti kalau sebut pasal cinta ni, ramai la orang dekat luar sana yang suka kan. Tambah kalau yang sesama usia aku ni, usia tengah nk meningkat dewasa, dimana nafsu dan asmara gituu di tahap paling tinggi sekarang. Dimana fasa memberontak mula mengambil alih. Fasa untuk menentukan jalan hidup yang seterusnya. Fasa yang membuat ramai remaja di luar sana mula tersasar dengan pilihan sendiri yang mengikut nafsu semata. Tanpa berfikir panjang dan terus tersasar keluar dari ajaran yang diterapkan dalam keluarga selama ni.


Mudah kan kita tewas? Mudah sgt kita jatuh hati dgn bahana cinta ni. Tapi cinta Ilahi, kita ketepikan. Kita lebih mngejar cinta yang tak pasti mana kesudahannya.  Aku pun pernah alami benda yang sama. Aku pernah jatuh cinta, dan aku pernah kecundang dalam cinta. *even tak lawa pun ada org mengorat eh. Tapi yang pasti semua tu cinta monyet. Baru tingkatan berapa kot, mmg lah otak pun tak berapa mental lagi. Same goes to me with my husband before, kitorang pun prnah brcinta, brgaduh, baik balik, bergaduh lagi. Aku bukan seperti wanita mithali yang lain, yang bercinta selepas kahwin. Ada juga yang langsung tak pernah berjumpa dgn suami hinggalah saat akad dilafazkan. Tapi aku wanita biasa, yang punya hati ingin memiliki dan dimiliki macam org lain. Tapi aku redha,  aku bersyukur dengan setiap perkenalan yang terjadi. Terutama sekali perkenalan dengan suamiku sendiri, insan yang sah memiliki diriku kini. Yang punya takhta tertinggi selepas Allah, di hati ini. Cinta yang pada mulanya, sia2, tp Alhamdulillah, setelah kami berbincang untuk berubah, akhirnya kami lakukannya dengan cara yang lebih diredhai.

Dalam usia muda, kami dah sah menjadi suami isteri. Singkat kan? Tapi dengan restu dari Ilahi, izin dari dua pihak keluarga, kami dah halal. Hati kami dah menjadi satu. Segala yang dilakukan adalah satu perkongsian buat kami. Kalau dulu, bercinta tapi penuh dengan dugaan, walhal tiada ikatan apa2 pun, sekarang dah rasa lebih nikmat, lebih barakah. Nak rindu pun, boleh rindu lebih2. Nak pegang tangan pun, boleh pegang lebih2, pelok lebih2, romantik lebih2, semua lebih2. Sekurangnya saat kita lemah, ada yg memimpin, saat kita susah, ada yang meneman, ada supporter saat kita susah dan senang. Saat menjadi suami dan isteri ini, saat cinta yang indah ini ditumbuhkan, saat ini juga setiap airmata yang kujatuhkan, menjadi sgt berharga. Bukan airmata sia2 tp kerna daku bersyukur padamu Ya Allah.


Insan yang melengkapkan rumahtangga kami adalah kehadiran anak pertama kami. Bayangkan apa perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Perasaan hidup bertiga. Perasaan memiliki cahaya mata sendiri. Rezeki, itu semua rezeki. Rezeki dan nikmat yang diberi. Aku tak pernah lupa saat2 aku melahirkan cahaya mataku yang sulung. Saat dimana aku merasakan semua kesakitan yang dirasai tu, tiada satu kesakitan pun yang boleh lawan. Saat dimana aku takut kalau aku kecundang. Aku takut kalau aku menyerah. Setiap satu inci yang terbuka, aku bertawakal, aku tak henti mengucap, alangkah sakit sgt saat melahirkan. Alangkah  besar pengorbanan ibu. Aku insaf dengan segala perlakuan ku terhadap ibu. Aku mula rindukan ibuku. Saat itu aku merasakan kalau aku tau inilah rupanya sakit ketika melahirkan, sikit pun aku tak kan abaikan ibuku. Sikit pun aku tak kan cuba untuk susahkan dia. Alpa aku selama ini.

Saat kemuncak melahirkan adalah apabila Hafiz betul2 dah menyediakan renggangan badan dan kepalanya untuk keluar. Suami ku ketika ini dia masih dalam perjalanan. Dia mesti terkejar2 bila dapat tau aku dah nak bersalin. Kesian dia kena leave class masa ni. Takpelah lewat pun, janji ada. And bila dah nampak kepala hafiz, tatkala tu, aku serahkan segalanya pada takdir. Aku berusaha sehabis mungkin, kumpul tenaga untuk melahirkan bayi kecil yang selama ini berada dalam rahimku. Dan.. dan.. dan.. sikit lagi.. aku.. aku.. Aku berjaya!!! Terus terdengar suara Hafiz menangis, maaaaaa...uaaaa.. uaaaa.. Ya Allah, berjurai lagi airmata ku saat terdengar Hafiz seolah memanggil ku maa.. Seolah dia pun tak sabar nak jumpa dengan mama. Aku terkulai layu, aku senyum, aku tersenyum melihat doktor memotong tali pusat yang menyambung kami berdua. Aku tersenyum sambil menutupkan mata, ' Terima kasih Ya Allah, terima kasih dengan perasaan yang Kau kurniakan ini '. Dalam umur 19 tahun, aku telah melahirkan zuriatku dan ini satu kemenangan buatku. Satu kemenangan kerana dapat mnyelamatkan anakku dengan berjaya.

Tau tak apa perasaan dapat mendukung, cium bayi suci yang masih kemerahan, yg kulitnya masih ternampak urat2 biru yg lembut, kepalanya basah, mata tertutup, tangan kaki kecik masih kaku mengawal pergerakan, aku cium bayi itu. Aku cium selembutnya. Terus lahir sifat keibuanku. Terus syahdu perasaanku, tak dapat lagi mengawal airmata. Tambah bila dia merengek, makin ku cium. Seolah bau mcm Hajarul Aswad yg pernah ku kucup ketika kecil dulu. Wangi, wangi anak kita syg. Suamiku yang smpai dgn termengah mula memainkan peranan, mengucap lafaz kalimah Allah pada bayi kami. Chin, Chin, Chin kekok masa mula2 nk pegang Hafiz. Penakut lah dia ni. Haha, tapi lepas sekali dh angkat, tak nak letak pulak. Haiii...



Bermula episod melahirkan, kehidupan kami bertambah meriah. Bertambah lagi sorang ahli yang banyak kerenah. Kalau dulu penat layan kerenah suami, sekarang lagi bertambah, berebut la suami dengan anak mintak dilayan. Betul2 like father like son. Kadang tu berebut nak dukung. Yang dah tua bangka pun nak mintak dukung, macam mana aku nk dukung? Haha, story kat atas pun dah macam nak buat novel pulak. Tapi as a share and lesson for us. Macam mana besar pun kita, macam mana pandai pun kita, nilai ibu tu tak terhingga. Jangan kecewakan perasaan dan naluri seorang ibu. Kalau saat melahirkan pun dah cukup sakit, apa lagi untuk mmbesarkan kita hingga berjaya smpai sekarang. Ayah yang berkorban siang malam untuk mencari duit, rezeki untuk keluarga, pun sama penatnya. Kita hargai kedua ibu bapa kita. Kita kongsi suka duka mereka. Ibu sorang, ayah sorang, tiada pengganti tau. I hope you guys will love the story. Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi cerita, meluahkan rasa dan merasa bahagia. Bukan aku sorang, tapi untuk kita semua. Biar kita semua merasa bahagia, di dunia dan di akhirat. Aminn.

with love,,
fify

Something To Share

Hai lagi. Harini tiga kali aku update blog. Nampak sgt freeee. Kann? Okay, sementara tak belajar ni, memang free ponn. Haha, amek kau. Nak cerita pasal ape eh? Ok, tak nak cerita apa pun. Nak share sikit gambar je. Sebab kita punya first follower mintak, so kita pun kena la tunaikan. kann kann. Sebab kita ada sorang je follower kann. Kita pun sedih la jugak kann. Takde org nak follow kita kann. Huk, kita kann, ok, dah2, terlampau banyak sgt kann tu. Haha, eden taknak cakap byk lahh, nah, ini untuk kau tau Faezah (:

time ni dlm bilik baru habis mekap

pastu tetiba ada sorang laki ni pelok2 cakap kita lawa *terkembang kejap 

lepastu kan bersanding. sepupu dgn adik ipar kita jd pengapit. ( panas snanye time ni)

next station please..

kitorang nak pegi makan, makan sesedap. nyumm.

tapi kann, kitorang makan sikit je, lauk tak sentuh pun, malu ahh org ramai, cehh.

pastu gi pelamin balik, tunggu kamera. 

ohh, untuk bride pose pulak tau. ok, senyummm.


pose entah ape gaya lahh dia ni.

Mata Chin pon dah naik sepet dah hah.

eh eh eh, manja2 kucing lak Chin nih.

time ni mmg dah nk penat. hehe.

sori gambar berterabur sbb terlampau byk, ada yang clear, ada yang kabur2. tp okaylah as long boleh nampak muka orang kann. Ayokk, ayook! baby dah bangun. Cukup lah tu, Faezah, ni semua aku share untuk kau. Hokaii. Hafiz dah ngamuk, nk kluar buai. Marah betul dia kalau aku fokus lain. See you gaisee agaiiin.

love,,
fify

Pricelist Produk Anugerah

Salam engkorang engkorang semua (:


Aceceh, Ok, tadi tak sempat nak buat list utk price bagi produk2 anugerah yg ada. So sementara Hafiz tengah tidur ni, sempat la nak update info sikit2.

Air Minuman Anugerah
RM 4.50

Madu Queen ( BARU!!)
RM 48.00

Pelengkap Kesihatan Susu Kambing Anugerah
RM 48.00

Penerang Hati Kismis Organik
RM 20.00

Kismis Emas Anugerah
RM18.00
Losyen Sejuta Khasiat ( Haruman Apple Green )
RM26.00

Losyen Sejuta Khasiat ( Haruman Aqua Fresh )
RM 28.00

Losyen Sejuta Khasiat ( Haruman Sweet Floral )
RM 28.00

Minyak Anugerah ( RM 48.00 / sekotak )
- Keharmonian Rumahtangga
- Menghindari Amalan Sihir
- Menaikkan Seri dan Pemanis
- Kepintaran Anak

Minyak Sejuta Rahsia
RM 48.00

Penaik Seri UV Foundation
RM 48.00

Pencuci Muka Anugerah ( RM 20.00)
-Kulit Bermasalah
-Kulit Kering

Set Bersalin Normal
RM 199.00

Set Bersalin Premium
RM588.00

Based on all the information given, ini adalah antara produk yang dijual lah. Sorry, xde pos delivery service. Bukan ape, produk ni ada bacaan AlQuran, so tak elok lah nak guna khidmat pos ni. Tak sesuai. Lagi elok kalau kita beli by hand. Nanti kita update lagi ape yg best pasal produk Anugerah ni. Ok ehh (:

*gambar bukan tangkap sendiri, pinjam google je, harap maklum.